Wednesday 6 June 2012

MASYARAKAT BAJAU

MASYARAKAT BAJAU


Pakaian Tradisional Masyarakat Bajau
  • Pakaian tradisi biasanya dipakai pada sesuatu majlis dan perayaan yang disambut oleh kaum bajau.
  • Kebiasaannya lelaki akan menggayakan baju potongan cekak musang dan seluar manakala wanita akan menggayakan blaus baldu sampit dan kain sarung olos berangkit.
  • Perhiasan biasa digunakan bagi lelaki ialah samping dan destar manakala wanita ialah perhiasan kepala dan leher.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

PAKAIAN MASYARAKAT BABA DAN NYONYA

PAKAIAN MASYARAKAT BABA DAN NYONYA ~~~~~~^^

     Baba merupakan satu kumpulan etnik yang menetap di tanah melayu sejak kurun ke 15. Merupakan satu kategori peranakan cina . Terpengaruh dengan budaya pemakaian orang Melayu. Baba perempuan memakai pakaian kebaya dan kain sarong. Pakaian ini merupakan pakaian tradisional nenek moyang mereka yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.




     Kebaya dibuat daripada kain atau benang menggunakan seni sulaman tangan yang halus dan terperinci. Merupakan satu simbol identiti bagi masyarakat Baba. Berbeza dengan masyarakat Cina yang tidak memakai kebaya. Kebaya Nyonya memerlukan 3 pasang kerongsang untuk dijadikan butang berbeza dengan kebaya masyarakat Melayu tidak mempunyai butang.















Monday 4 June 2012

PAKAIAN TRADISIONAL MELANAU

PAKAIAN TRADISIONAL MELANAU

      Masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Pakaian tradisi bagi lelaki biasanya digayakan baju potongan moden samping broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon berkopiah Jawa.
     Wanita pula biasanya digayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasaan kepala kepih sanggul.

*************************************************

 

Pakaian Tradisional Iban

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN

Pakaian tradisional lelaki Iban


Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain Sirat dikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.
 
 

Pakaian tradisonal wanita Iban

Terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong. Bidang merupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.



Pakaian Tradisional Iban(Perempuan)



Pakaian Pengantin Iban~

Pakaian Tradisional Kadazan

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

  • Masyarakat Kadazan atau orang dusun merupakan penduduk majoriti Sabah.
  • Perhiasan dan sulaman pada pakaian tradisi Kadazan adalah sederhana berbeza dengan etnik lain.
  • Pakaian kaum lelaki seperti Gaung (Baju lengan panjang), Souva (Seluar panjang hitam dengan ikat pinggang berwarna biru indigo), Kaking atau toogot (Bengkung pinggang hitam), Siga (Penutup kepala), Tupi’ sinikat (Topi bulat).
  • Pakaian kaum wanita terdapat 3 jenis :-
  • Sinuangga’ baju blaus pendek dan leher berbetuk U dipakai oleh wanita muda.
  • Sinompukung Blaus dengan lengan ¾ dan tidak mempunyai sulaman dipakai oleh wanita pertengahan.
  • Kihongon Blaus dengan lengan panjang, dipakai oleh wanita tua dan spesialis ritual
  • Aksesori yang dipakai seperti Himpogot (Tali pinggang), Titimbak (Pin rambut), Hamai (Rantai leher), Simbong (Subang), Paun Kerongsang 





Pakaian Tradisional Kaum India

PAKAIAN TRADISIONAL INDIA

SARI
  • Pakaian tradisional bagi wanita india ialah sari.
  • Sari diperbuat daripada jenis, corak dan warna kain yang pelbagai.
  • Pemakaian sari memerlukan sebidang kain berukuran 5 - 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut.
  • Untuk memakainya, kain sari ini akan dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri.
  • Semasa memakai sari, kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat bertujuan menyokong kain sari tersebut dari terlucut.





  • BAJU PUNJABI
    • Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi yang terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya.

    KURTA
    • Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi.
    • Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen.












Pakaian Tradisional Kaum Melayu

PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU

BAJU KURUNG
  • Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu hanya memakai kemban sahaja.
  • Tetapi, setelah kedatangan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang lebih sopan.
  • Baju kurung lazimnya diketahui sebagai sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Ianya meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan sahaja,dilihat sebagai mematuhi peraturan berpakaian Islam.
  • Baju kurung boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Kebiasaannya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala.
  • Baju kurung sesuai untuk dipakai dalam majlis-majlis formal atau urusan seharian. Terdapat beberapa jenis baju kurung yang terdapat di Malaysia:



    @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
BAJU MELAYU
  • Pakaian tradisional bagi kaum lelaki ialah baju Melayu.
  • Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang.
  • Pakaian ini selalunya dipadankan dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang dan songkok. 
  • Baju Melayu bagi rakyat Malaysia terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang.
  • Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut.
  • Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di kawasan selatan Malaysia. Potongan Teluk Belanga potongan lehernya dijahit secara sulaman.
  • Potongan Cekak Musang lebih terkenal di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan Cekak Musang iaitu bahagian penutup atau rumah butangnya adalah bertindan.
  • Cara memakai baju juga Melayu Teluk Belanga biasanya sampin dipakai diluar baju. Cara memakai baju Melayu Cekak Musang ialah baju di dalam sampin.